TeamViewer merupakan salah satu perisian yang
menawarkan akses secara remote untuk peranti anda pada pelbagai
platform, termasuk Windows, Mac dan juga Linux. Terkini, pembangunnya telah pun
memperkenalkan TeamViewer 10 Beta yang mana membawakan lebih banyak kawalan dan
kemudahan untuk pentadbir dalam bidang IT.
Untuk pentadbir IT juga, kini anda boleh mengawal
peranti dengan lebih efisyen, dan pada masa yang sama mengawal akses yang
diberikan kepada seseorang menggunakannya.
Melalui TeamViewer 10 Beta ini, ia kini menyertakan
kemudahan untuk membuat panggilan video dengan hanya satu klik sahaja, serta
menaik-taraf sokongan permesejan yang mana kini memaparkan sejarah perbualan
lengkap dengan seseorang.
Disamping itu, kini ia turut menawarkan lebih
kawalan ketika membuat sesuatu persembahan, dimana anda boleh mengunci
persembahan untuk membuat beberapa perubahan pada fail. TeamViewer 10 Beta ini
turut hadir dengan intergasi Dropbox, Google Drive, OneDrive dan Box untuk
memudahkan pengguna berkongsi fail menggunakannya.
TeamViewer 10 Beta kini ditawarkan untuk pengguna
Windows, Mac dan Linux. Selain daripadanya, versi mudah-alih turut ditawarkan,
dan pihak TeamViewer turut menambah penawaran untuk BlackBerry melalui
kemaskini baru ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Silahkan anda berkomentar, namun tetap jaga kesopanan dengan tidak melakukan komentar spam.